Sabtu, 10 Disember 2016

UMNO Selangor Gagal Tawan Hati Pengundi

Noh Omar
SELANGOR 9 Dis-UMNO Selangor tak usah berharap kepada PAS bagi merampas negeri itu daripada pemerintahan pakatan caca marba berikutan tiada sinar tanda untuk PAS bersama UMNO sebelum atau selepas PRU ke-14.

Rata-rata pembual kedai kopi ketika berborak dengan penulis menyatakan hasrat UMNO untuk bersama PAS 80% gagal berikutan parti Islam itu belum menampakan kesungguhan untuk bersela diatas bendera UMNO.

Seluruh UMNO Bahagian dalam Selangor tiada satu pun beranai racang satu program bersama PAS sama ada untuk cawangan atau Bahagian.

Tipis untuk UMNO berharap agar dapat membentuk kerajaan perpaduan di Selangor jika PAS dan UMNO dapat menambah beberapa kerusi,manakala Kelantan tidak mungkin dapat kepada BN semudah rencana Tok Pa(Mustapa Muhamad) berikutan kedudukan Tok Pa sendiri tidak terjamin dikawasan yang dimenanginya pada PRU 13.
Budiman

Sokongan PAS di Kelantan tidak tergugak secara majoriti besar walaupun parti PAN dan PPBM menyerang negeri itu,PAS Kelantan masih boleh bertahan pada PRU ke 14 nanti walaupun digasak tiga atau empat penjuru oleh PAN,PPBM,BN dan Bebas.

Selangor bertambah kukuh kedudukan parti pemerintah Sekarang berikutan tidak kedengaran rakyat negeri itu mahu menukarkan kerajaan mereka kepada BN pada PRU ke -14 kecuali beberapa pemimpin UMNO Selangor.

Hasrat untuk jadikan Kelantan dan Selangor ladang baru BN selepas keputusan PRU ke-14 nanti masih gagal secara total.
Tok Pa

Dengan hasil pelan tindakan yang dibanggakan oleh Noh Omar dan Budiman Zohdi tidak akan melahirkan buah yang manis,kerana usaha untuk merampas Selangor hanya berlegar dikalangan pemimpin UMNO-BN negeri,bukanya pengundi yang memberi mandat kepada PAS,DAP,PKR untuk memerintah Selangor pada PRU13 lalu.

Nota*yang berkuasa menukar sesebuah kerajaan pengundi bukanya pemimpin...

Shah Alam Orang Umno Undi PAS

Pelik juga rasanya apabila orang Umno tunggu siapa calon PAS,bukan tunggu siapa calon Umno untuk PRU14.

Shah Alam 9 Dis-Bertukar arus sokongan kepada parti lain itu pekara biasa,kata seorang penyokong Umno bahagian itu tanpa segan silu.

Beliau juga mengakui akan memberi undi kepada PAS memandangkan watak-watak yang dikatakan layak jadi calon BN dalam Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti hanya seperti badut pengibur yang penuh dengan bedak dan topeng.

Ini bukan kali pertama penulis dengar dari mulut orang Umno sendiri,malah ada AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam juga turut akui tidak akan undi BN jika Ketua Bahagian Shah Alam,Azhari Saari dicalonkan.


20,000 Graduan Layak Ganti Guru Penghasut

Lebih 20,000 graduan Universiti tempatan layak isi jawatan guru jika guru-guru Sekolah Rendah dan Kebangasaan di pecat,'kata seorang Prof di sebuah Universiti tempatan.

Berdasarkan statistik semasa guru dari kaum Melayu ramai tidak memiliki kelayakan sebagai pendidik sejati, mereka diberi peluang dan ruang secukupnya sehingga dapat menguasai ilmu itu melalui pengalaman.

Kini terdapat dalam golongan besar guru-guru Sekolah Kebangasaan dan Menengah menjadi pengasut dan pencaci kerajaan sehingga ada murid-murid tepengaruh dengan dakyah.

Ketika berbual dengan Prof A yang tidak mahu dikenali,(Penulis namakan beliau Prof  A kerana namanya bermula dengan huruf A)beliau percaya terdapat sebilangan guru disogok dengan janji-janji manis dan janji-janji itu akan ditunai sekiranya pembangkang memerintah Malaysia.

"Kadang-kadang para guru yang memiliki kelulusan baik matematik juga dipergunakan atau terikut-ikut dengan sumbangan sumber palsu pembangkang tanpa dibahagi dan ditolak,terus telan bulat-bulat.

''Mereka guru-guru juga membentuk komuniti di laman Facebook seperti yang umum tahu untuk mereka menyebar kepalsuan tentang kerajaan.

Kepunuhan pemikiran guru yang terjebak dengan politik tidak rasmi memusnahkan prestasi guru itu sendiri dan guru sebegini layak di berhentikan atau ditukar kekawasan sejauh mungkin.

Prof A dengan rasa kecewa mengatakan,jika benar-benar para guru yang ingin berpolitik,berpolitiklah secara betul,berhenti dan bertanding dilandasan parti yang kamu suka dan sokong.Bukan jadi pengasut dan pemaki kerajaan seperti anjing gigit tuan.

Oleh itu.eloklah guru-guru penghasut kunci mulut jika tidak mahu terbang jawatan yang menjadikan kamu hidup senang lenang itu.

UMNO dan Mahathir Macam Kucing dan Anjing

Saya ingin merujuk entri terbaru Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau, bertarikh 6 Disember 2016.

Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Tun Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi - sebagai tidak berasas, tidak bertanggung jawab dan berniat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

Untuk rekod, dakwaan Tun Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran PPBM di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Dakwaan melulu Tun Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas. Malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dari mana-mana sumber yang sahih.

Kedudukan Semasa Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Johor

Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata. Jumlah pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Malah dalam entri terbarunya, Tun Mahathir menggangarkan pula bahawa Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. Jelas Tun Mahathir tidak konsisten dalam angka yang digunakannya.

Percanggahan angka ini dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Tun Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat untuk mengelirukan rakyat.

Pemberian Kerakyatan Malaysia

Tun Mahathir yang pernah menjadi seorang Perdana Menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.

Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.

Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.

Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.

Adalah diharapkan Tun dapat berlaku objektif dalam perkara ini. Iaitu membuka peluang untuk pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing adalah sama sekali berbeza dengan memberi kewarganegaraan Malaysia kepada mereka.

Jika sekalipun Tun Mahathir mempunyai bukti sahih dari sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan warganegara Malaysia dalam masa terdekat, Tun Mahathir bolehlah merujuk perkara ini kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih lagi merupakan seorang Ahli Parlimen untuk membawa usul tergempar ke sidang Parlimen mengenai perkara ini.

Laporan Negatif Media Barat

Saya amat kesal dengan sanjungan tinggi dan sikap pilih bulu (double standard) Tun Mahathir terhadap segala laporan media barat. Apabila Bloomberg melaporkan sesuatu yang negatif mengenai negara, Tun Mahathir memilih untuk merujuk dan mempercayai laporan berkenaan tanpa usul periksa.

Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.

Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat.

Begitu juga sewaktu Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menerima preskripsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan sewaktu Tun Mahathir menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka amatlah wajar untuk Tun Mahathir, seorang yang sangat patriotik pada tanahair ini, mengambil pendirian untuk meminta penjelasan objektif dari Kerajaan Johor. Benarkah ada 60 projek yang boleh diduduki seramai 1.5 juta warganegara asing.

Malah, sekalipun terdapat sehingga 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru seperti yang didakwan Tun, mana mungkin dapat diterima oleh akal yang ia akan dihuni oleh 1.5 juta warganegara asing. Untuk makluman Tun, jumlah kependudukan Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja.

Dan kalau mengikut perkiraan Tun, ini bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni. Dan jumlah ini adalah amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada selalunynya memuatkan hanya setakat 2000 hingga 2500 penghuni sahaja.

Hakikat yang perlu diterima oleh Tun Mahathir ialah media asing akan terus skeptikal dengan apa jua kemajuan yang terlihat di Johor dan Malaysia. Bagi mereka, Malaysia yang berjaya adalah di luar kelaziman.

Keperluan Johor Meneroka Peluang Pertumbuhan Baharu

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Johor perlu terus meneroka serta membongkar peluang pertumbuhan baharu dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor hartanah dan perumahan.

Ini bagi memastikan pertumbuhan pesat ini dapat disokong dengan pelbagai kemudahan sekaligus memastikannya dapat berlaku dengan terancang dan mapan.

Malah inilah juga yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir semasa memimpin Malaysia suatu waktu dulu. Tun Mahathir melawat i ke seanterio dunia, meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang dan projek.

Jadi apa yang kami lakukan di Johor adalah meneruskan formula pertumbuhan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir sendiri.

Pada masa yang sama, dasar kemasukan pelaburan terus asing kita tidak pernah bersifat selektif. Tidak ada ada negara yang menjadi keutamaan. Mana-mana pelaburan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia amatlah dialu-alukan, termasuklah dari China.

Suka saya menjelaskan kenapa pelaburan dari China sangat terlihat di Johor.
Pertama ialah kerana China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah dalam sedikit masa lagi, ia akan menjadi kuasa ekonomi utama global.

Maka, adalah munasabah bila pelaburan China di Malaysia dilihat terserlah. Malah pergilah ke mana jua, termasuk di Afrika dan Latin Amerika, pelaburan dari Chinalah yang telah menjadikan ekonomi mereka tumbuh dengan dinamik.

Kedua, China mempunyai kelas menengah seramai 250 juta orang. Ini adalah jumlah kelas menegah yang terbesar di dunia, malah hampir menyamai jumlah penduduk Amerika.

Peningkatan secara sangat mendadak semenjak 10 tahun lepas telah mewujudkan keinginan dan minat yang tinggi di kalangan rakyat China untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar negara China.

Malah rakyat China adalah pelabur dalam hartanah yang paling besar di Australia, Singapura, Portugal, Paris, California, Dubai, Abu Dhabi dan pelbagai lagi kota raya terbesar di dunia.

Ini adalah fenomena global dan adalah wajar untuk pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi pihak swasta untuk menarik pelaburan dari negara China, khususnya ke negeri Johor. Terutama sekali bila Johor hanyalah bersebelahan dengan Singapura.

Tetapi adalah juga sangat tersasar untuk menyatakan hartanah di Johor hanya untuk pelabur dari China. Sedangkan semua pemaju yang beroperasi di Johor tidak menetapkan rakyat China sahaja sebagai sasaran.

Malah strategi pemasaran mereka sangat bersifat global, termasuk pengiklanan melalui stesen penyiaran paling berpengaruh dunia, CNN. Sasaran mereka pastinya turut mengambil kira potensi pelaburan dari pelbagai kewarganeraan, terutama sekali Indonesia, India, Korea, Jepun dan Australia.

Pada saya, telahan Tun Mahathir dalam isu ini, tidak ubah seperti kecaman tidak berasas yang sering dilakukan oleh DAP dan Singapura ke atas Johor. Semuanya kelihatan seakan tidak senang untuk melihat kejayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh seluruh warga Johor.

Dasar ‘Malaysia My Second Home Program’

Malaysia juga memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di sini.

Dasar ini turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing mengikut kadar dan syarat-syarat ketat tertentu yang telah ditetapkan dan disemak dari semasa ke semasa.

Hasratnya ialah menjadikan Malaysia itu lebih kosmopolitan, kerana ia berupaya menawarkan kualiti kehidupan yang setanding dengan negara maju, tetapi dengan kelainan yang unik.

Malah, dasar ini sudah diperkenalkan sejak era pentabiran Tun Mahathir sendiri. Dan ia kini hanya diteruskan oleh pentadbira semasa negara.

Jadi, apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar ini. Kita mahu menjadikan Johor Bahru, destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarat global.

Bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi!

Lihat sahaja ratusan ribu pemilik hartanah di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, Melborune, Sydney. Mereka hadir dengan memberi nilai tambah kepada semua kota-kota besar tersebut.

Mereka menjadikan kota-kota tersebut maju dan berdaya saing, bukan sahaja melalui pelaburan mereka, tetapi melalui kehadiran mereka, dengan pengetahuan mereka, dengan gaya hidup mereka, dengan keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.

Johor Bahru mesti menjadi sebahagian dari cerita kejayaan global ini. Dan ia tidak akan sekali-kali digagalkan oleh rakusnya permainan politik Tun Mahathir dan rakan sekutunya.

Untuk Tun Mahathir, berilah ruang untuk Johor menjayakan cita-cita menjadikan selatan Malaysia ini moden, sejahtera dan maju. Seperti mana kami memberi ruang, suatu ketika dulu, untuk Tun menjadikan Malaysia ini, sebuah negara yang berjaya.

Mohamed Khaled Nordin

Sabtu, 5 November 2016

Jamal Pak Tongkol Didik Belia Jadi Bodoh

Kerja buat kumpulan baju merah menentang bersih dan Malaysiakini hanya menambahkan kebencian kepada Umno.

Terdapat runggutan dikalangan ahli Umno yang mula meluat dengan perangai kumpulan baju merah yang diketua Jamal pak tongkol.

Kerja buat sepatutnya ditumpukan gerak kerja pendaftaran ahli parti atau menambah pendaftaran pengundi tidak pula dilakukan,

Sedangkan Umno Selangor memerlukan penambahan ahli dan pendaftaran pemilih perlu dilakukan,bukanya memerlukan ketua yang mendidik belia menjadi tolol dan bingai dalam masyarakat.


Isnin, 31 Oktober 2016

1,500 penduduk berarak bawa baldi desak Azmin selesai isu air

SHAH ALAM 1 Nov. - Kira-kira 1,500 orang berarak sambil membawa baldi dari Dataran Shah Alam ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.

Perarakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak sedemikian selepas Mohamed Azmin dilihat masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini sehingga menyebabkan rakyat merana. - UTUSAN ONLINE

PENYELUDUP TERJUN LAUT ELAK DITAHAN

Tawau: Polis Tawau merampas 7,030 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM894,722 dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Buaya, di sini, kira-kira 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) Tawau menjalankan serbuan ke atas rumah itu.

“Dalam serbuan itu, kita menahan lelaki yang sedang sibuk mengangkat kotak berisi rokok dipercayai diseludup untuk diedarkan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan manakala rakan suspek sempat melarikan diri selepas terjun ke laut.

“Hasil pemeriksaan, menemui 7,030 karton rokok pelbagai jenama yang disimpan dalam 120 kotak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, nilai rampasan dianggarkan RM151,820 dan nilai selepas cukai RM894,722.

“Kes berkenaan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam.

“Polis Tawau sentiasa agresif bagi mengekang masalah penyeludupan daripada menjadi serius di daerah ini.

“Justeru orang ramai diminta sentiasa menyalurkan maklumat jika mengetahui sebarang aktiviti penyeludupan khususnya di daerah Tawau,” katanya.

(myMetro)

1,500 PENDUDUK BERARAK BAWA BALDI DESAK AZMIN SELESAI ISU AIR

1,500 penduduk berarak bawa baldi desak Azmin selesai isu air

SHAH ALAM – Kira-kira 1,500 penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.

Perarakan sambil membawa baldi dari Dataran Shah Alam itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak sedemikian selepas Mohamed Azmin dilihat masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini sehingga menyebabkan rakyat merana. – K! ONLINE

31,476 PEKERJA DIBERHENTIKAN SEJAK AWAL TAHUN

KUALA LUMPUR: Seramai 31,476 pekerja ditamatkan perkhidmatan bagi tempoh 1 Januari hingga September tahun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib.

Daripada jumlah itu, 17,051 atau 54.2 peratus pekerja terbabit dalam pemberhentian biasa, manakala bakinya, 14,425 pekerja atau 45.8 peratus terbabit dalam pemberhentian secara sukarela (VSS).

Sepanjang tahun lalu, seramai 44,343 pekerja diberhentikan membabitkan 24,452 pekerja atau 55.1 peratus bagi pemberhentian biasa, manakala 19,891 orang atau 44.9 peratus (VSS).

Ismail berkata, pelbagai sektor pekerjaan terbabit dengan pemberhentian pekerja, antaranya kewangan dan insuran membabitkan 17,628 pekerja, pembuatan (9,203), pengangkutan dan penyimpanan (6,512), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (24,452).

“Kerajaan bersimpati dengan nasib pekerja terbabit dan pelbagai langkah sedang dilaksanakan bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain.

“Pemberhentian kerja tidak boleh dielakkan…antara faktor majikan memberhentikan pekerja ialah disebabkan ketidakstabilan pasaran ekonomi nasional dan global, tiada atau merosotnya permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pengoptimaan teknologi komunikasi maklumat, penutupan perniagaan sepenuhnya atau sebahagian, pengecilan tenaga kerja, pengambilalihan syarikat, penstrukturan semula organisasi dan penggabungan syarikat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang meminta penjelasan sama ada kemelesetan ekonomi dunia memaksa pekerja diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan mereka.

Ismail berkata, kementerian sudah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan pekerja tidak hilang sumber pendapatan termasuk menganjurkan karnival pekerjaan yang akan diadakan pada 5 November ini di sembilan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Karnival kerjaya di UTC Alor Setar, Ipoh, Pudu, Bandar Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu itu disertai 280 majikan yang bersedia menawarkan 15,000 jawatan kosong.

(BHONLINE)

LAPORAN TREN KARGO TERGELINCIR MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap berhubung insiden tren kargo tergelincir di KM200.332 dekat Stesen Batu Gajah, Perak, Jumaat lalu akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kejadian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menubuhkan jawatankuasa dalaman pada 29 Oktober lalu, sehari selepas kejadian berlaku untuk menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata, laporan itu akan mengenal pasti sama ada insiden berkenaan disebabkan kelemahan teknikal atau kecuaian manusia.

“Kejadian tren tergelincir jarang berlaku di negara ini…dalam kejadian di Batu Gajah itu, ia (tren) bergerak masuk ke tempat penyelenggaraan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa.

“Sebab itu kita sedang menyiasat sama ada ia membabitkan kelemahan teknikal atau kecuaian manusia…dalam konteks ini saya yakin dalam tempoh 14 hari, ia dapat merungkai segala-galanya,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Nor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pada sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumaat lalu perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan akibat tren kargo di tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah, Perak.

Kejadian jam 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Perak untuk mengambil muatan simen.

Dua lokomotif dan 25 gerabak kosong tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

Menjawab soalan asal V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Ab Aziz, berkata untuk memastikan kelancaran operasi Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi laluan yang terjejas ekoran kejadian itu, 36 bas disediakan bagi memindahkan pengguna bagi laluan Kampar-Ipoh-Kampar sebelum penumpang menyambung perjalanan.

Beliau berkata, pada masa sama, KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan landasan dan mengalihkan gerabak tergelincir yang menghalang laluan bagi kedua-dua arah utara-selatan.

“Satu landasan dapat dibuka untuk operasi tren jam 3 petang, 30 Oktober lalu, manakala satu lagi landasan dijangka siap dibaiki dalam masa tujuh hari,” katanya.

(BHONLINE)

Rabu, 26 Oktober 2016

UMNO Shah Alam Tak Mampu Bangkit

Lama tak buat posting blog ni,kali ini seligi nak buat cerita yang diperolehi dari perbualan masyarakat setempat dikalangan penyokog umno.

Mengikut berpualan masyarakat setempat yang didengari seligi ramai mengatakan umno shah alam tak mampu bangkit melawan PKR,PAS,PAN berikutan tiada kepala perang yang benar-benar berani kedepan.
Tamat


Selasa, 11 Oktober 2016

PANAS:'Raja-Raja Tiada Kuasa Pecat Perdana Menteri'

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 yang berlangsung minggu . ini pastinya menjadi tumpuan sama ada ia akan turut membincangkan tuntutan daripada Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau tidak. Usaha yang dilakukan Deklarasi Rakyat ini telah pun dimaklumkan oleh Mahathir dalam surat dihantar kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri, 4 Oktober lalu. Mahathir mendakwa, Majlis Raja-Raja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, pengamal undang-undang, DATUK SALEHUDDIN SAIDIN (GAMBAR)dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam menepis dakwaan Mahathir itu. Katanya, Mahathir tidak memperincikan secara jelas peruntukan kononnya Majlis Raja-Raja mempunyai hak tersebut di bawah undang-undang.
Ikuti penjelasan lanjut beliau bersama wartawan Sinar Harian, SITIAZIELAH WAHI dan jurufoto,HALIM WAHID.


Bagaimana Datuk lihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir baru- baru ini yang beiharap raja-raja bertindak atas apa yang berlaku dalam kerajaan?
Baru-baru ini kita telah didedahkan oleh Tun Mahathir yang menyatakan terdapat satu Deklarasi Rakyat daripada sejumlah lebih 1.2 juta orang bagi mendesak Majlis Raja-Raja supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dipecat atau digugurkan daripada pentadbiran kerajaan negara ini.Dan saya juga difahamkan pihak Tun Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengemukakan Deklarasi Rakyat tersebut.
Kalau kita perhatikan kepada desakan Tun Mahathir dan pihak-pihak yang menyokong beliau pada dasarnya Tun Mahathir mahukan agar Majlis Raja-Raja bertindak atas nama Perlembagaan Negara.
Tapi malangnya cadangan yang dikemukakan oleh beliau kepada Majlis Raja-Raja bertindak atas dasar mempunyai hak dibawah undang-undang tidak diperjelas secara terperinci tentang peruntukan yang berkaitan di dalam perlembagaan dan apakah sebenarnya kuasa Majlis Raja-Raja dan raja-raja Melayu ini tidak perjelaskan.
Saya yakin ia tidak dijelaskan kerana mereka sendiri mengetahui bahawa dalam sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini institusi raja sebenarnya tertakluk kepada batas dan had-had kuasa sepertimana peruntukan di dalam perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan Negara menyatakan Agong berkuasa memecat Perdana Menteri. Benarkah begitu?
Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan Agong atau raja-raja mempunyai kuasa mutlak oleh kerana ianya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang menggariskan kuasa yang dijalankan secara budi bicara dan kuasa yang dijalankan mengikut nasihat.

Walau bagaimanapun di dalam soal perlantikan seseorang perdana menteri, ada peruntukan yang khusus yang memberikan kuasa budi bicara kepada Agong.
Ini sepertimana peruntukan Perkara 43 Fasal 2 Perlembagaan yang memberi kuasa kepada Agong untuk melantik seorang perdana menteri tetapi ianya tertakluk kepada pra syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Antara pra syarat penting adalah Agong perlu memastikan seorang calon yang hendak dilantik sebagai perdana menteri perlulah seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli dalam Dewan Rakyat itu sendiri. Itu pra syarat utama.

Ini bermakna sekiranya terdapat pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum Agong boleh melaksanakan kuasa baginda bagi melantik seorang perdana menteri maka bermakna jika sekiranya perdana menteri hendak dipecat atau hilang kelayakan, ianya perlu juga memenuhi syarat bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna Agong tidak diberi kuasa sewenang-wenangnya untuk memecat seorang perdana menteri.

Jadi, bagaiman Tun M berkata Agong mempunyai kuasa memecat perdana menteri?
Di bawah Perkara 43 Fasal 4 ada memperuntukkan bahawa seorang perdana menteri akan lucut jawatan sekiranya beliau hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Oleh itu sekiranya ini berlaku, perdana menteri boleh, sama ada meletakkan jawatan, atau menghadap Agong untuk mencadangkan pembubaran Parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapat mandat yang baharu atau sekiranya Agong tidak memberi perkenan untuk bersetuju dengan permintaan perdana menteri, maka seseorang ahli Dewan Rakyat perlu mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan membuat undi sama ada benar kepercayaan majoriti tidak lagi diperoleh.

Berdasarkan kepada undang-undang yang saya rujuk di sini jelas menunjukkan proses perlu dilalui dan dipatuhi.

Jadl sekarang ini kalau kita lihat balik kepada kenyataan yang menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja ada kuasa untuk mengambil tindakan bagi memecat perdana menteri yang telah dilantik melalui proses undang-undang adalah sama sekali tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

Jika kita imbas sejarah pemerintah Tun Mahathir, kita pasti tidak akan melupai sejarah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang saya percaya ramai antara kita tentu amat arif dan tidak melupai tentang krisis perlembagaan pada bulan Januari tahunl993 yang mana telah dikemukakan satu rang undang-undang pindaan yang menghakis dan mengurangkan kuasa raja-raja atas alasan raja-raja bukan lagi bertindak sebagai payung kepada kekuasaan orang Melayu dan kuasa raja perlu disekat.

Maka, terjadilah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang meminda peruntukan Perkara 66 yang menarik kuasaAgong untuk memberi perkenan terhadap sesuatu pindaan atau penggubalan undang-undang.

Ini bermakna sekiranya Agong tidak memberi perkenan terhadap sesuatu rang undang- undang di dalam tempoh 30 hari ianya akan secara automatik menjadi undang-undang. Ini semua petanda kepada penghakisan kuasa Agong dan raja-raja.

Agong dan raja-raja dianggap sebagai satu institusi yang mempunyai peranan yang terlalu kecil atau tidak lagi relevan di dalam sistem pemerintahan kerajaan pada ketika itu. Institusi raja dianggap sebagai satu simbol istiadat semata-mata.

Anehnya, ketika ini mungkin pada saat dan ketikanya peranan raja-raja diperlukan bagi mendapat sokongan terhadap sesuatu perjuangan yang sedang diusahakan maka dengan tiba-tiba institusi raja dikatakan mempunyai peranan besar di dalam menentukan hala tuju pemerintahan kerajaan dan boleh campur tangan di dalam soal pentadbiran kerajaan sedangkan dia (Mahathir) lupa pada suatu ketika dulu dia juga dan kerajaan ketika itu yang bertindak menarik balik kuasa raja dan menghakis saki-baki kuasa raja yang ada pada ketika itu. Tindakan ini saya beranggapan agar satu tindakan yang agak desperate demi mendapatkan sokongan daripadaAgong dan raja-raja.

Adakah ini bermaksud wujud usaha 'menggunakan' pengaruh raja-raja untuk kepentingan tertentu?
Pendekatan seolah-olah bila kita perlukan sokongan institusi ini, kita menyatakan mereka punyai kuasa dan bila kita rasa kita sudah cukup kuat maka sokongan raja-raja tidak diperlukan.

Bagi saya it is very unfair. Dalam masa yang sama jangan pula disalah anggap bahawa Agong dan raja-raja langsung tidak mempunyai kuasa dan saya tidak menyatakan bahawa raja-raja Melayu tidak berkuasa di dalam sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini.

Memang kita ada cabang-cabang pemerintahan yang amat penting dan mempunyai peranan masing- masing. Majlis Raja-Raja memang ada peranan di dalam pentadbiran kerajaan, cuma ia agak terhad, di samping pengurangan kuasa yang telah berlaku semasa krisis perlembagaan 1993.

Jadi kalau kita nak katakan Deklarasi Rakyat mahukan campur tangan Majlis Raja-Raja untuk memecat perdana menteri meletak jawatan adalah satu tindakan yang tidak dapat dilaksanakan, kerana saya merasakan Majlis Raja-Raja sememangnya tidak punyai kuasa dan hak sedemikian.

Kalau tak silap saya. Agong juga ada mengeluarkan kenyataan seperti yang saya baca dalam akhbar. Saya tak pasti betul ke tidak...yang menyatakan Majlis Raja-Raja tiada kuasa dan ia perlu dibawa kembali kepada Pariimen Kalau benar itu kenyataan Agong, saya merasakan ia kenyataan atau titah tuanku yang amat tepat.

Dalam pada itu, kenyataan menyatakan Majlis Raja-Raja seolah-olah membisu, tidak mahu campur tangan dengan isu-isu yang melanda negara, saya rasa itu tidak tepat.

Kita tidak boleh menggunakan Majlis Raja-Raja atas kepentingan pihak-pihak tertentu. Seolah-olah menggambarkan Majlis Raja-Raja langsung tak mempedulikan tentang kebajikan dan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Majlis Raja-Raja sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan rasmi memohon dan menasihati agar kerajaan ambil tindakanuntuk menyelesaikan apa-apa siasatan yang sedang berjalan terhadap kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera bagi mengikis segala kegelisahan dan kegusaran masyakarat.

Jika kita teliti selepas sahaja nasihat dan teguran yang dikeluarkan oleh Majlis Raja- Raja, siasatan telah dipercepatkan pihak berkuasa dan akhirnya selesai.

Oleh itu apabila hasil siasatan diperolehi sama ada ia dipersetujui atau pun tidak, bukan Majlis Raja-Raja putuskan sebab ia telah dilakukan oleh pihak yang bertanggunjawab.

Apabila keputusan telah dibuat, kita tidak boleh terus mendesak Majlis Raja-Raja campur tangan kerana keputusan itu tidak tepat. That is very unfair.

Apa asasnya untuk Majlis Raja-Raja menentukan keputusan bahawa itu dibuat secara adil?.Kita tidak boleh meminta Majlis Raja-Raja untuk berlandaskan kepada persespi.
Pihak berwajib telah mengambil tindakan untuk menyiasat.

Kita, sebagai rakyat, kalau sesuatu itu dilakukan sebagaimana keperluan undang-undang tetapi kita tidak berpuas hati, bagaimana cara untuk kita terjemahkan ketidakpuasan hati kita?
Kita tidak boleh mendesak sesuatu pihak yang pada asalnya memang tiada kuasa dan menggambarkan persespi negatif kepada pihak yang kononnya ada kuasa tersebut, sebaliknya mengambil langkah mengikut proses undang-undang.
Kalau ketua itu dikatakan ada masalah, proses undang-undangnya bagaimana? Kita bawa kepada Parlimen, kita usulkan satu motion tidak percaya kalau itu berjaya kemudian boleh remove melalui proses undang-undang.

Kita tak boleh mengambil tindakan melakukan tindakan street demonstration, mendesak kerajaan digulingkan secara haram. Kerajaan yang dilantik sekarang ini adalah kerajaan yangdipilih secara demokrasi.

Kalau kerajaan dah dipilih secara demokrasi, kita tidak boleh menasihati rakyat, mendesak rakyat untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi.

Mungkin pihak Tun Mahathir katakan proses yang mereka ambil ini proses yang berlandaskan demokrasi Mereka iktiraf institusi diraja sebagai institusi yang mempunyai peranan.

Kalau dulu dia tak recognise tapi sekarang recognise but still they should know. In fact i believe Tun Mahathir punya kumpulan...mereka tentu tahu peruntukan undang-undang itu sendiri, yang agak terhad kuasa diberikan kepada Majlis raja-raja.

Majlis Raja-Raja tidak akan campur tangan? Boleh kita kata begitu?
Saya tak kata Majlis Raja-Raja tidak akan campur tangan The fact that pada persidangan Majlis Raja-Raja yang lalu sudah ada tindakan di dalam bentuk nasihat dan saranan kepada kerajaan.

Dan, untuk terus mendesak Majlis Raja-Raja mengambil tindakan untuk memecat perdana menteri memecat sesiapa sahaja, ianya tidak bertepatan dan saya percaya Majlis Raja-Raja juga ada penasihat-penasihatnya. Yang pasti nasihat tersebut berlandaskan kepada undang-undang.

Undang-undang yang kita pakai adalah Perlembagaan Persekutuan yang jelas menggariskan tidak ada satupun peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang mengatakan bahawa Majlis raja-raja boleh ambil tindakan untuk mengetepikan atau memecat sesiapa.
Kalau tak ada bagaimana kita harapkan Majlis Raja-Raja untuk bertindak sepertimana permintaan, desakan Deklarasi Rakyat tersebut ataupun oleh golongan-golongan tertentuYou can say anything about anybody.

Anda boleh katakan satu kerajaan pimpinan seseorang tidak betul tapi apa proses? Institusi yang kita sandarkan ini adalah satu institusi yang hanya boleh memberi nasihat, menimbang teliti segala keluhan rakyat dan membuat saranan dengan berlandaskan kepada undang-undang.

Maknanya, perlembangan menghalang raja-raja campur tangan atau meminta Najib berundur?
Pada pandangan saya tiada satu pun peruntukan undang-undang yang membolehkan Majlis Raja-Raja untuk mengambil tindakan memecat atau mendesak perdana menteri untuk meletak jawatan apatah lagi kalau kita bercakap tentang perdana menteri dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Majlis Raja-Raja memang tiada kuasa untuk melakukan sedemikian.

Tun Mahathir ada menyebut terdapat 30 klausa atau peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada Agong terutama dalam Akta MKN untuk menolak anggapan bahawa segala kuasa yang diberikan kepada raja-raja tethakis. Apa komen Datuk?
Dulu bila Tun Mahathir meminda Perlembagaan Persekutuan, dia telah menarik kuasa imuniti raja-raja, kuasa raja-raja untuk tidak meluluskan sesuatu undang-undang yang dipinda di Dewan Rakyat namun kita tidak menyatakan semua kuasa itu ditarik balik.

Memang ada lagi kuasa sepertimana kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri, kuasa budi bicara di dalam menangguhkan atau tidak mempersetujui permohonan pembubaran dewan rakyat oleh perdana menteri, kuasa juga diberikan kepada Agong dalam hal berkaitan penganugerahan, persidangan Majlis Raja-Raja, memang ada lagi kuasa budi bicara dan yang lain-lain pun atas kuasa nasihat daripada perdana menteri dan Kabinet, kita tidak mengatakan keseluruhan ditarik balik. Tetapi, apa yang cuba kita katakan pada krisis perlembagaan 1993 kuasa utama yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada institusi raja-raja telah ditarik balik. Itu yang penting.
Bersambung Esok>>
-Sinar Harian

Selasa, 6 September 2016

60 Peratus Masyarakat Shah Alam Tolak UMNO-BN


Sungguh berita yang serupa juga Seligi News terima,cuma ada beberapa fakta yang tidak didedahkan oleh penulis Selangor Post,mungkin ada hal yang perlu disimpannya atau akan didedahkan lain kali.

Nak tambah sikit,,,sebenarnya yang dikatakan berkecuali itu bukan berkecuali sepenuhnya, sebaliknya dalam jumlah itu sebanyak 50% menolak umno dengan cara tidak jelas.


Kerusi yang dimiliki parti pembangkang di Shah Alam masih selamat menurut kaji selidik yang dibuat secara rahsia oleh sepasukan penyelidik terdiri dari pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor.

Ketika salah seorang dari mereka menceritakan daripada 2,500 responden yang ditemui 1,600 masih menyokong penuh ketiga-ketiga wakil rakyat Shah Alam sekarang. Manakala 45% bakinya menyokong UMNO-BN dan 55% lagi mengambil sikap berkecuali atau lebih kepada tunggu dan lihat sebelum sampai masa untuk memberi undi kepada mana-mana calon yang dirasai patut disokong.

Walau bagaimanapun Selangor Post tidak diberitahu secara teperinci mengenai peratusan kaum yang memenerima dan menolak UMNO-BN begitu juga dengan peratusan mengikut kaum yang menerima dan menolak parti pembangkang.

Alasan yang diberi kepada Selangor Post semuanya atas dasar kerahsian kumpulan pengkaji itu sendiri kerana arahan pihak atasan.

Sokongan masyarakat Shah Alam terhadap parti pembangkang berpaksikan dasar yang dibawa kerajaan negeri Selangor kini lebih saksama berbanding Selangor semasa di perintah Barisan Nasional. Keterampilan wakil rakyat Shah Alam juga menjadi tarikan masyarakat berbilang kaum di Shah Alam, Wakil rakyat Shah Alam lebih bersahaja dan mesra malah ada daya tarikan sendiri yang membuatkan penggundi Shah Alam dijangka terus menggekalkan wakil rakyat mereka pada PRU14 nanti.

Berkaitan pemimpin UMNO tempatan menurut pasukan penyelidik kebanyakan responden memberi respon kurang menarik terutamanya dari kaum Melayu. -Selangor Post 6/9/2016 Mariana Nasir

- See more at: http://postselangor.blogspot.my/2016/09/khalid-samad-senyum-dun-dan-parlimen.html#.V87qLSh9600

Isnin, 22 Ogos 2016

82,012 Unit Rumah Penjawat Awam Diluluskan

82,012 Unit Rumah Penjawat Awam Diluluskan

Kerajaan meluluskan kirakira 82,012 unit rumah Projek Perumahan Penjawat Awam l Malaysia (PPAlM) di seluruh negara sehingga, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata matlamat beliau ketika mengumumkan inisiatif projek berkenaan adalah untuk memastikan penjawat awam memiliki rumah idaman mereka.
"Saya beitiarap, semua penjawat awam merebut peluang ini untuk memiliki kediaman untuk keluarga anda. Lawat Iaman web rasmi PPAlM (https://wwwppalm.gov.my/ project/list) untuk melihat senarai projek dan memohon. rumah anda hari ini," katanya dalam catatan Face txx)k dan Twittemya, semalam.
Pada Oktober lalu, ketika membentangkan Bajet 2016, Najib mengumumkan sebanyak 100,000 unit PPAlM akan dibina menjelang 2018 dengan harga antara RM90,000 dan RM300,000.
Beliau juga memaklumkan bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan juga disediakan. BERNAMA

Ahad, 21 Ogos 2016

Mohon Pinjaman TEKUN Selidiknya Macam Mohon Beli Senjata Api

Kisah hari ini yang mungkin tak mahu didengar penyokong mana-mana parti politik terutamanya Umno.

Hari ini SELIGI ditanya,wajibkah permohonan TEKUN perlu di sahkan oleh orang Umno, sekurang-kurangnya ketua cawangan,kalau nak kuat lagi sokongan itu perlu disahkan oleh ketua bahagian.
SELIGI faham apa maksudnya,walaupun pada awalnya keliru sama ada apa yang disampaikannya itu soalan atau runggutan.

Apa yang Seligi maklumkan kepada pengadu ,kebiasaanya perlu sama ada pengesahan itu daripada ketua cawangan,ketua pemuda ,puteri,wanita bahagian dan ketua bahagian sendiri.

Hal pengesahan ini bukan sahaja berlaku kepada pihak Umno,ia berlaku juga pada pihak parti pembangkang jika kita mohon sesuatu daripada kerajaan negeri yang diperintah parti pembangkang,tambah penulis.

Panjang ceritnya,apa yang boleh disimpulakn dalam perbualan itu,pengadu tidak puas hati dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang diperintah parti pembangkang.

Kerana hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat tanpa memerlukan soal selidik dari parti manakah rakyat yang memohon bantuan,kerana yang memohon itu bukanya warga Banglades,Pakistan,Burma yang cari makan di negara ini,sebaliknya yang memohon adalah warga negara.

Jika itu terus dijadikan amalan,ia boleh dikira sebagai salah guna kuasa.

Sekiranya setiap permohonan rakyat perlu kepada sokongan orang-orang Umno dan dari parti lain,rasanya perlu diteliti kembali supaya lebih adil.

Setiap peruntukkan yang ada bukan hak milik sebuah kementerian atau jabatan kerajaan,kerana itu semua adalah hak rakyat.

Semasa pemohon perlu pengesahan orang kuat Umno dalam bahagian,apakah  perlu tanya,hang orang parti mana,cawangan mana,bahagian mana,daftar mengundi atau tidak,atau hang undi parti mana pada PRU lepas.kan itu semua soalan yang membuat orang tidak sokong BN.

Sama juga dengan pemimpin pembangkang,kalau mintak pengesahan mereka,sering kali berpesan,kalau dapat apa yang diminta ini,jangan lupa undi parti kita,okey.

Apakah kerajaan persekutuan dan pemimpin Umno bahagian dan negeri ingat semua orang Malaysia orang BN-kah,atau kerajaan negeri yang diperintah parti pembangkang ingat semua rakyat dalam negeri yang ditadbirnya semua orang PAS,DAP,PKR-kah.

Kalau mohon pinjaman TEKUN soal selidiknya macam beli senjata api,rasanya orang-orang atas pagar akan lari habis bila dengar cara gila babi yang ditanya pada pemohon TEKUN yang minta pengesahan dari orang Umno bahagian.


Mimpi Umno Selangor Rakyat Tersenyum

Pemimpin UMNO Selangor disemua peringkat harus memilih politik matang jika benar perjuangan pemimpin parti itu mahu merampas Selangor dari terus diperintah parti pembangkang.
Agenda perjuangan untuk dipilih sebagai calon pada PRU14 patut dibelakangkan sekiranya telus agar Barisan Nasional kembali berkuasa.

Setiap kali mesyuarat mingguan dan bulanan di Umno Bahagian juga negeri semua yang hadir tidak henti merancang strategi ampuh dengan segala pandangan,namun agenda sempit penyokong pemimpin sayap parti tetap juga tidak berubah.

Apa gunanya laungan perjuangan untuk kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional sekiranya ketua sayap parti masih dengan egenda sendiri manakala pengikut pula tak sudah-sudah mahu pemimpin mereka dicalonkan untuk PRU14 dan tidak mahu orang luar.

Fahaman lama masih membaluti sesetengah pemimpin tinggi sayap parti bahagian dalam Selangor.Seorang blogger terkenal pernah berkata pada penulis,kebanyakan pemimpin Umno bahagian di semenanjug tidak mahu rumah yang telah lama dibina mereka dimasuki atau diduduki oleh calon luar.

Ini bererti,kerja keras pemimpin Umno bahagian ibarat membina sebuah rumah,apabila siap orang lain hanya cuci kaki dan masuk mendiami rumah tersebut mesti ditolak.

Berbeza dengan parti pembangkang,pengundi pembangkang tidak kira siapa pun calon mereka sama ada orang luar atau anak tempatan,asalkan bendera yang dibawa adalah bendera parti yang disokong mereka.

Ertinya,parti pembangkang tidak kisah siapa pun yang menduduki rumah yang dibina pemimpin bahagian mereka,asalkan agenda menumbangkan Umno-BN adalah keyword perjuangan utama mereka.
Umno Selangor perlu menerajui isu rakyat dalam negeri,bukanya mengharap persekutuan sahaja selesaikan isu nasional.

Perlu diketahui,kiranya Umno negeri tidak menjuarai isu tempatan,ia menggambarkan negeri yang ditadbir parti pembangkang bersih dari segala isu,sekali gus seluruh pemimpin Umno Selangor dianggap lemah.

Umno Selangor perlu perbanyakkan media baru seperti Blog/Portal sebagai bank maklumat untuk rakyat ambil tahu segala isu tempatan dan nasional.

Pemimpin Umno Selangor harus belajar klebihan blog/portal,kerana kelbihan blog/portal lebih power daripada facebook,dan jangan lemah memahami klebihan dan kekurangan medium media social.

Hari ini Umno Selanggor ,pemimpin bahagiannya hanya memuatnaik status melalui facebook yang sukar dicari satu persatu melalui google.

Kalau benar mahu kembalikan Selangor kepada BN hasrat itu bukanya patut ada pada pemimpin sahaja,sebaliknya kena tengok juga hasrat sebahagian besar rakyat.

Bagi mempengaruhi minda rakyat,perlu kesemua medium media social diguna pakai bukan sahaja facebook,sebaliknya seperti blog,twitter dan lain-lain supaya keyword senang diperolehi di carian google.

Hasrat untuk mengembalikan Selangor tidak sepatutnya hanya belegar di kepala kepimpinan Umno,kerana hasrat itu menjadi taruhan setiap pemimpin.

Kini maklumat semuanya boleh didapati dihujung jari,namun apakah pemimpin Umno Selangor hanya tahu berkata-kata,tidak tahu menggunakan.

Ingatlah,jangan jadikan mimpi pemimpin Umno negeri sebagai wadah rakyat ikut tersenyum...

SIAPA KATA RAKYAT KELANTAN BOIKOT MC DONALD's?

Siapa kata rakyat Kelantan boikot MC Donald's?

Kalau kita pergi di MC DONALD's pastinya ada pekerjanya dari Kelantan,ini boleh di ketahui melalui loghat negeri itu.

Begitu juga dengan pelanggang,orang sibuk menyebar berita kononya rakyat Kelantan boikot MC DONALD's adalah kerja fitnah.


Monyet RM10 Demo Tangkap MO1

Hanya tidak sampai 15  orang pelajar UiTM Seri Iskandar bangkit menyertai demotrasi menangkap MO1.

Ini menunjukkan pelajar di institusi pengajian tinggi bernilai RM10 tidak ramai malah semakin mengecil jumlahnya.

Usaha pihak yang tidak puas hati dengan kerajaan semakin gagal sejak akhir-akhir ini walaupun gabungan parti yang benci kerajaan semakin bertambah.

Setakat ini tiada siapa yang berani menuduh siapakah MO1 sebenarnya?oleh itu usaha pelajar bernilai RM10 UiTM Seri Iskandar hannya menceri sesuap meggi untuk  se hari.

Wartawan dan pihak polis serta pemerhati monyet RM10 lagi ramai..





TIADA BEZA SUARA AZHARI DENGAN SUARA PEMIMPIN PEMBANGKANG

Apa bezanya Umno Shah Alam dengan parti pembangkang?
Jika pembangkang mendesak pemansuhan GST dikenakan ke atas bil elektrik, air, telefon dan barangan bayi seperti susu tepung, lampin dan pakaian,Umno Shah Alam juga desak pekara yang sama.

Apakah ini yang dikatakan Umno telah menjuarai isu rakyat? Sebenarnya apa yang dicungkil Ketua Bahagian Shah Alam,Azhari Saari merupakan sambungan lidah pembangkang.

Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad,ADUN Kota Anggerik,Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga,Rodziah Ismail sudah lama bersuara malah parti pembagkang desak supaya GST dimansuhkan.

Azhari Saari perlu peka dengan setiap isu yang dibangkitkan pembangkang,bukan sahaja celik mata seperti ikan kering yang sememangnya celik tapi tidak dapat melihat.
Apakah Azahari Saari tidak tahu pembangkang mengumpulkan ribuan orang bagi membantah GST sebelum diluluskan.

Sebab apa pembangkang bantah?ia berkaitan langsung dengan apa yang Azhari Saari desak supaya pemansuhan GST dikenakan ke atas bil elektrik, air, telefon dan barangan bayi seperti susu tepung, lampin dan pakaian.

Nampaknya,Umno Selangor ada pemimpin bahagian yang boleh dikategori sebagai pelawak politk,namun ia hanya mampu buat pembangkang mentertawakan beliau bukanya penyokong UMNO.

Begitu juga dengan desakan pemansuhan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang kini telah dilupai oleh parti pembangkang setelah menikmati kutipan tol dalam tanah jajahannya sebanyak lebih 30 peratus.

Andainya benar tol di Selangor amat membebankan rakyat? Azhari Saari patut renung sejenak dengan tindakkan kerajaan Selangor membenarkan lebuh raya baru bertol dibina dalam negerinya.

Mengenai cadangan Azhari Saari supaya ada lantikan daripada kepimpinan Umno Selangor didalam kementerian dan GLC ia adalah sangat bagus.

Soalnya,Apakah Azhari Saari pernah terpikir ? apa yang disuarakan itu dinila berpunca daripada suruhan dan cadangan orang lain.Hal ini dapat dinilai dari sudut kekuatan dan kebijakan politik beliau,dan dia harus sedar bahawa beliau bukanlah orang yang bijak dalam politik,kerana segala tindak-tanduknya mudah tertangkap dengan mata dan telinga orang yang sering memerhatikanya.

Setakat ini,setiap berita yang dilaporkan oleh akhbar,terutamanya Sinar Harian,hanya sebahagian kecil sahaja kenyataannya dianggap bijak,manakala 99.9 peratus lagi tersasar untuk diletakkan dalam sebutan bijaksana atau dalam bahasa yang luas difahami bertindak sesuai dengan fikiran bukan bertindak berdasarkan keadaan semata-mata.

Soalan.Apa bezanya Umno Shah Alam dengan parti pembangkang perlu dikupas lebih luas berdasarkan setiap kenyataan pemimpin besar bahagian itu.setakat ini suara pemimpin besar Umno Shah Alam hanya penyambung lidah pembangkang.


http://kakipalu.blogspot.my/2016/08/apa-bezanya-umno-shah-alam-dengan-parti.html

TOL SHAH ALAM RAKYAT TIDAK MAHU MANSUHKAN

Mansuh tol Shah Alam bukanya pemerintah negeri Selangor yang mahu, sebaliknya Umno Shah Alam dan kerana itu Ketua Bahagian Shah Alam Azhari Saari kena cerdik permainan politik bukan sekadar sedap pikul jawatan .

Semasa Umno-BN memerintah Selangor, berapa kalikah pemimpin Umno Selangor desak persekutuan supaya tol dalam selangor dimansuh termasuk yang ada dalam Shah Alam,iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.Bukankah tiada langsung desakan untuk mansuhkan tol semasa itu?.

Pada waktu pemerintah Umno-BN di Selangor tiada suara pemimpin Selangor mendesak tol dimansuhkan,hanya pembangkang sahaja mencari heboh untuk meraih simpati undi musim pilihan raya.

Setelah Selangor diperintah oleh parti pembangkang barulah ketua Umno Bahagian Shah Alam sebelum Azhari mendesak tol di mansuhkan,paling panas desakan waktu hampirnya PRU 12 dan PRU 13.

Hampirnya waktu PRU13 pembangkang juga desak tol tersebut dimansuhkan bagi mengimbangi desakan dari Umno Bahagian Shah Alam kerana takut hilang sokongan.

Pada kempen PRU13 parti pembangkang Shah Alam menghadapi cabaran getir akibat kebangkitan jentera Umno yang berkobar-kobar semangatnya.

Dengan sebab itu mereka juga turut buat perhimpunan dan bunyikan hon kederaan di kawasan tol Batu Tiga bagi menunjukkan sokongan jika tol dimansuhkan.

Manakala dipihak kerajaan Selangor pula hanya bertindak bersuara menyokong tindakkan penyokong parti mereka yang mendesak tol dihapuskan,

Hasil pendapatan tol dalam Selangor lebih 30% dipulangkan kepada kerajaan Selangor berikutan berdirinya tol dalam tanah Selangor .Dengan lebih 30% peratus itu sudah memadai utuk layan sebahagian masalah rakyat .

Jika benar tol itu membebankan Selangor dan rakyat serta pengguna dikawasan luar ,kenapa Kerajaan Selangor tidak menggunakan kuasanya ,sedangkan tanah negeri dikuasai kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor sebelum meluluskan jalanraya bertol dalam tanah jajahan mereka boleh meletakkan syarat supaya lebuhraya baru dibina tidak dibenarkan ada tol,sekiranya pemaju tidak bersetuju projek jalan raya tersebut boleh dibatalkan.

Oleh kerana hasil dari kutipan tol dalam negeri adalah besar,kerajaan Selangor pun membisu seribu bahasa.Jadi kenapa pula Umno Shah Alam nak tunjuk hero,sedangkan hero sebenar adalah kerajaan negeri Selangor.

Ketua Bahagian Shah Alam,Azhari Saari kena cerdik dan jangan tunjuk sangat bodohnya.

Pertamanya harus meneliti apakah seluruh rakyat Shah Alam atau pengundi Shah Alam seramai 99,957 itu bersetuju tol dihapuskan.

Daripada jumlah pendaftar pemilih sah seramai 99,957 yang tidak peduli hal politik atau tidak keluar mengundi seramai 12,015,manakala yang keluar mengundi 87,942.

Pada PRU13 jika Umno-BN dapat tawan Selangor tol tersebut akan ditutup,tapi Umno-BN kalah juga,ini menunjukkan rakyat Shah Alam khasnya Selangor bukanya peduli dengan isu tol.

Dari jumlah keluar mengundi di parlimen 87,942 orang ,70 % dari jumlah itu adalah Melayu,yang melalak supaya persekutuan mansuhkan tol juga adalah Melayu.

Untuk DUN Kota Anggerik pemilih 54,952, pengundi Melayu 70%, Cina 17.0%,India 11.9% selebihnya lain-lain kaum,.Tidak Keluar mengundi 6,327.

Bagi DUN Batu Tiga pengundi berdaftar 45,005,Melayu 70%,Cina 12.4% dan India 17.0%,selebihnya lain-lain kaum.Tidak Keluar pengundi 5,699

Apabila kekalahan berlaku di ketiga-tiga kerusi di kawasan Shah Alam,ada suara mengatakan ia berpunca daripada calon Parlimen Shah Alam orang luar dan rasis dengan orang India,walhal orang India hampir 50% Kota Anggerik undi BN,manakala di DUN Batu tiga begitu juga.

Seramai 12,015 orang tidak keluar mengundi juga 70% adalah Melayu ,apakah mereka ini tidak sokong BN kerana Calon Parlimen Shah Alam Zulkifli Nordin orang luar dan rasis dengan kaum India.

Dengan data yang dibincangkan di atas,jika benar tol batu Tiga dan Sungai Rasau membebankan rakyat kenapa penggundi seramai 87,942 parlimen Shah Alam yang keluar mengundi tidak undi BN.

Sedangkan telah dijanjikan,jika BN perintah Selangor selepas keputusan PRU 13 tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan dimansuhkan.

Kini,jika benar dua tol dalam kawasan Shah Alam itu membebankan rakyat sekitar,kenapa sekarang PAS,PKR,DAP tidak buat perhimpunan depan tol dan bukankah penyokong 3 parti itu suka buat demonstrasi jalanan.

Azahari Saari sebagai ketua bahagian tak usahlah menunjukkan kebodohan,kerana desakan hapuskan tol menunjukkan Umno Shah Alam khasnya Selangor tidak mampu menandingi khidmat parti pemerintah Selangor kepada rakyat.

Untuk pengetahuan Ketua Bahagian Shah Alam,Azhari Saari,Bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki 30 peratus saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT.

Oleh itu,desak mansuh tol adalah satu pekara bodoh,malah kerajaan Selangor hari ini tidak pernah menghalang pembinaan tol disetiap lebuh raya yang baru dibina dalam tanah jajahan takluknya.
- See more at: http://postselangor.blogspot.my/2016/08/desak-hapus-tolblogger-bantai-ketua.html#.V7okS_krLIU

Sabtu, 20 Ogos 2016

SHAH ALAM:RAKYAT MAHU TANAH BUKANYA MAHU HAPUS TOL

SHAH ALAM –UMNO Bahagian Shah Alam dibawah Azhari Saari mendesak persekutuan supaya hapuskan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Itulah gamaknya idea terbaik bagi pemimpin Umno Shah Alam,selain pada itu zero,sedangkan seringkali pengkaji politik berkata,jika mahu rampas Selangor Umno Selangor mesti menjuarai isu.

Langsung tidak berkembang akal para pemimpin Umno Shah Alam,mahu cipta isu sama sekali tidak pandai,sedangkan isu di Shah Alam berlambak bukan sahaja hanya cerita hayalan sebaliknya ia kenyataan.

Ambil contoh terdekat,Pemerintah Selangor pernah robohkan khemah niaga kecil-kecilan di sebelah denga Uptown seksyen 24 yang ada kaitan dengan Ibu Tunggal Shah Alam.

Kini dikawasan sama berlambak khemah didirikan,tapi MBSA tak roboh pun,sebab apa,sebabnya itu adalah milih penyokong parti pembangkang.

Umno Shah Alam,pemimpinnya hanya sibuk dengan mimpi mahu jadi calon PRU14,bukanya mahu hal itu dijadikan isu sebagai pembuka mata rakyat.

Hari ini kerajaan Selangor telah menyerahkan notis 5A berkaitan dengan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Sungai Yu ,175 rakyat Selangor menerima notis 5A itu.

Apakah dengan mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau rakyat akan kembali undi BN,jawapannya tidak,rakyat lebih perlu hak milik tanah daripada melihat tol sebagai masalah kepada mereka.

Baca kegembiraan hati rakyat yang menerima notis 5A daripada Menteri Besar Selangor,Azmin Ali .
R Chandran, 46, berkata penyerahan notis daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali amat bermakna dalam hidup beliau kerana detik manis itu memang dinantikan.

“Permohonan untuk mendapatkan hak milik ini sudah lama dibuat, namun hampa apabila ia sering berakhir dengan kegagalan.

“Tetapi hari ini saya gembira kerana hasrat memilikinya terlaksana juga dan lebih bermakna ia berlaku ketika kita menyambut bulan kemerdekaan,” katanya kepada SelangorKini.

JpegSementara itu, Zaaba Husin, 47, berkata masalah pemilikan tanah berlarutan sejak sekian lama dan permohonan dibuat berulang kali membabitkan sebahagian penduduk di situ.

“Kita memohon kembali selepas pilihan raya umum (PRU) lalu dan bersyukur ia berakhir. Penempatan juga memberikan ruang kepada penduduk iaitu kaum Melayu, India dan Cina,” katanya.

Bagi Lee Boon Huat, 51, usaha keluarganya untuk memperoleh pemilikan tanah itu kini berhasil.

“Sudah lama tunggu kerana perkara ini bukan baru. Bagi saya, tindakan Kerajaan Negeri memberikan hak milik ini bagus kerana ia memang hak penduduk.

Tiada rakyat gembira desakkan mansuh tol oleh Ketua Umno Bahagian Shah Alam.Azhari Saari ,apa lagi suara desakkan itu datang dari manusia yang dinilai sombong oleh kebanyakan ahli Umno kawasan itu sendiri.
- See more at: http://postselangor.blogspot.my/2016/08/rakyat-selangor-mahu-tanah-bukanya-mahu.html#.V7oi_fkrLIU

Khamis, 18 Ogos 2016

MAYAT DITEMUI SAH NOOR AMILA EDRUS


KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. - Bernama

Rabu, 17 Ogos 2016

PRU14 SHAH ALAM MILIK PEMBANGKANG

Mampukah kepimpinan Umno Shah Alam membunuh semangat 49,009 pengundi yang telah memberi undinya kepada Khalid Samad pada PRU 13.

Dengan majoriti 10,939 berpihak kepada Khalid Samad tidak mungkin Umno Shah Alam mampu langgar pertahanan sekuat itu.

Pemimpin Umno terutamnaya Shah Alam kebiasaannya kuat dengan harta bukanya kuat dengan budi bahasa,tidak seperti pemimpin PKR,PAN yang sentiasa bersama kumpulan rakyat tidak kira petang atau malam,sentiasa ada di warong-warong kopi terutamanya Yaakoob Sapari ADUN Kota Anggerik.

Orang Umno perlu pemimpin seperti Yaakob Sapari,Khalid Samad,Rodziah Ismail bukanya seperti pemimpin Umno Shah Alam yang berserban dan berjubah ketika hadir majlis solawat perdana.

Jumlah penggundi Shah Alam 99.957 orang,Melayu mewakili 70% daripada jumlah itu selebihnya lain-lain kaum.

Pecahan mengikut DUN.
N40 KOTA ANGGERIK-Jumlah Pengundi: 54,952  70% adalah Melayu

N41 BATU TIGAJumlah Pengundi: 45,005 juga Melayu mendahului 70% dari jumlah keseluruhan pengundi Batu Tiga.


Kalau dah Melayu tak suka pemimpin Umno Bahagian Shah Alam,Bagaimana bangsa lain? Kata seorang penduduk Seksyen 24 Jalan Timun,KUB Shah Alam tidak pernah nampak muka dikawasannya.

KUB Shah Alam Azhari Saari kerap kearah Jalan Petola,begitu juga Ketua Pemuda,Adzam Shah,kata penduduk di situ.

Rata-rata penduduk dirumah flat jalan Petola 1 Seksyen 24 masih tidak menyokong BN walaupun 56% adalah ahli Umno.

Mereka beranggapan,pemimpin Umno sekarang hanya suka berlegar dikalangan sebaya dan dikenali sahaja.

Menurut Pakcik Zainal yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan,dia dan isteri serta anak-anaknya adalah ahli Umno dan mengundi BN pada PRU 13.

Akan datang (PRU14) anak-anaknya tidak mungkin undi BN,manakala dia dan isteri masih 50-50 berikutan tiada apa-apa sumbangan daripada Umno kepada persatuan penduduk dikawasan kediamannya.

JUMLAH PENGUNDI PARLIMEN SHAH ALAM PRU13



Jumlah pengundi berdaftar Parlimen Shah Alam PRU 13

P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 99,957
Datuk Zulkifli Bin Noordin (BN) - 38,070
Khalid Bin Abd Samad (PAS) - 49,009
MAJORITI: 10,939
Jumlah undi: 87,942 | Peratus mengundi: 87.98% | Undi rosak: 863

N40 KOTA ANGGERIK
Jumlah Pengundi: 54,952
Mohd Yusof Din (BN) - 21,758
Yaakob Sapari (PKR) - 26,261
Eriq Faisal Rusli (Bebas) - 136 (HD)
MAJORITI: 4,503
Jumlah undi: 48,625 | Peratus mengundi: 88.49% | Undi rosak: 470

N41 BATU TIGA
Jumlah Pengundi: 45,005
Ahmad Nawawi M. Zin (BN) - 17,479
Rodziah Ismail (PKR) - 21,284
Mohd Uzi Bin Che Hussin (Bebas) - 124 (HD)
MAJORITI: 3,805
Jumlah undi: 39,306 | Peratus mengundi: 87.34% | Undi rosak: 419



file:///C:/Users/user/Desktop/10x.geografia-sept15-jab-edkatam.pdf

AIB JIKA TIDAK BERTINDAK,KATA HUSAM SELEPAS SAMAN KES 1MDB

Datuk Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.

Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.

"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang turut serta dalam sidang media hari ini dan memberikan nas al Quran kepentingan tindakan ini.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang turut serta dalam sidang media hari ini dan memberikan nas al Quran kepentingan tindakan ini.
Dalam sidang media hari ini Husam berkata, tujuan tuntutan ini dibuat difokuskan kepada usaha untuk membawa balik harta yang dicuri atau dirompak dari rakyat Malaysia.

"Kita fokus kepada harta yang dicuri bukan pencuri atau perompaknya," kata Husam dalam sidang media yang penuh sesak dengan wartawan dan jurugambar itu.

Turut serta bersama Husam adalah Datuk Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia yang banyak membantu tindakan ini.

Zainur dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah bagi pihak kerajaan mereka manakala tindakan Husam dan Matthias adalah bagi pihak rakyat Malaysia.

Ini berikutan kegagalan pegawai yang dilantik oleh kerajaan gagal melaksanakan tugas ini.

"Pegawai kita yang sepatutnya bertindak lebih kepada mencari makan saja," kata Zainur kesal dengan kelemahan dan kegagalan mereka bertindak bagi pihak negara.

Matthias pula berkata, semua pihak patut bersama menyokong tindakan ini kerana ia adalah 'class action' iaitu mereka berdua hanya mewakili wakyat negara ini.

"Apabila kita menang nanti, wangnya adalah milik negara bukan dapat kepada kita pun," katanya.

Matthias juga berkata, semua pihak patut mengucapkan terima kasih kerana peguam Amerika sedia mengambil kes ini secara sukarela dengan bayaran yang berpatutan sahaja.

KERAJAAN SELANGOR KAJI PENDAPATAN RAKYAT

KERAJAAN Selangor dibawah kepimpinan Azmin Ali semakin telus membantu rakyat walaupun hanya sekadar biskut kering.

Jika Umno-BN tidak peduli mengenai kaum India kerajaan Selangor mengambil berat kaum itu setelah anak tiri oleh MIC.

Bagi Umno, jika MIC tak jaga kaumnya pemimpin Umno tidak perlu ambil tahu sebab kaum india pemimpin MIC kena jaga.

Masalahnya kaum India merunggut sakan sebab undi mereka juga dikira untuk calon dari Umno.Ambil contoh terdekat ,kaum India Shah Alam kini merunggut sakan apabila mereka dipinggirkan,manakala KUB Shah Alam yang juga pengerusi BN bahagian kurang menonjol dikalangan kaum itu,tapi undi mereka dikejar .

Oleh itu sesuai sangat jika kerajaan Selangor mengkaji semula paras Pendapatan Garis Kemeskinan(PGK) negeri kini berada pada kadar RM1,500 sebulan kepada RM1,980 sebulan sesuai dengan cabaran ekonomi semasa.

Ini menunjukkan segala peruntukkan negeri terkaya di Malaysia akan diagihkan kepada rakyat bukannya bercerita jumlah kekayaan negeri untuk dibanggakan kepada Umno.
Berbeza dengan pemimpin Umno bahagian yang mahu disembah rakyat terlebih dahulu baru dapat bantuan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hasil kajian dilakukan dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendapati PGK baharu di Selangor perlu ditetapkan pada kadar 60 peratus daripada pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300.

Jika ini dilakukan ,BN Selangor tidak akan dapat merasai nikmat pemerintahan selepas keputusan PRU14 nanti.

TPM: NBOS JUGA UNTUK BELIA


PUTRAJAYA - Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dibangunkan kerajaan turut mengambil kira kesesuaian keperluan dan cita rasa golongan belia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, terdapat 90 produk di bawah NBOS yang boleh dimanfaatkan rakyat dengan di antaranya hanya bersesuaian untuk golongan belia.

Ahmad Zahid memberikan contoh inisiatif NBOS belia antaranya Projek Bandar Belia dan platform aktiviti sukarelawan melalui 1Malaysia for Youth (iM4U).

"Kerajaan memahami denyut nadi generasi muda dan kerana itu pelbagai kemudahan yang bersesuaian telah disediakan mengikut keperluan golongan tersebut," katanya ketika ditemui media selepas melawat pameran NBOS di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menutup Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) dan dalam ucapannya beliau menyeru pemimpin muda untuk meneruskan usaha inovasi bagi menjayakan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

ICBOS diadakan sempena Minggu Antarabangsa NBOS 2016 yang bermula Ahad lalu sehingga 20 Ogos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Persidangan itu memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi bagi menggubal dan melaksanakan dasar dan inisiatif nasional. - Bernama

Azhari Perlu Lebih Bijak Jawab Isu 1MDB

Manusia seperti KUBSA Azhari Saari dalam pembangkang hanya layak pegan penyapu tandas bukanya layak dipilih sebagai KUB.

Bagaimana orang UMNO Shah Alam boleh pilih beliau sedangkan Azhari jenis budak gelabah beruk.

Datuk Azhari Shaari menggempar perwakilan UMNO bahagian i tu kelmarin apabila menyamakan kes 1MDB dengan bom atom yang boleh menghancurkan UMNO.

 Untuk makluman, UMNO telah beberapa kali mengadakan sesi taklimat di kalangan Ketua Bahagian dan pemimpin peringkat akar umbi menjelaskan status sebenar syarikat berkenaan termasuk yang diberikan oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kanda. Azhari tidak terkecuali.

 Jadi, agak aneh kenapa Azhari masih menyimpan pandangan yang sama dengan majoriti totok pembangkang setelah banyak kali diberikan penjelasan oleh kepimpinan parti? Kenyataan oleh Azhari ini membayangkan kesukaran BN untuk kembali merampas Shah Alam yang satu ketika dulu pernah menjadi kubu kuat UMNO.

 Sebagai Pengerusi BN bagi Shah Alam, bagaimana nak diharapkan dia untuk merampas kembali kawasan tersebut dari PAN? Justeru, sesuatu perlu dilakukan sementara masa masih ada. Sama ada Azahari berubah atau Azahari itu yang diubah. Paling tidak, dia perlu digantikan dengan pemimpin lain dalam kempen PRU14 yang akan datang.

JANGAN MARAH KUB SHAH ALAM,INI BLOG BUKAN JENIS MAKAN DEDAK

SIAPALAH YANG BAGI TAHU pada puak-puak Umno Shah Alam blog ni.

Penulis pulak gi tibai cukup-cukup hingga terasa hinalah mereka.

Jangan tuduh penulis blog ni diberi dedak,keranai kami berempat kongsi ID atau nama pena sama,tapi kami tak makan dedak.

Rasanya DEDAK di UBSA lagi banyak,kami sini minum pagi hanya teh "o" saje.

Pegi keje pun naik komuter di seksyen 19 Shah Alam,seorang lagi naik komuter di Subang dua orang lagi guna motor buruk je.jadi buat ape dok melenting sakan kerana blog ni.

UBSA setiap masa dok berebut dedak ICU,bunyi kabo cyber trooper KP Shah Alam dan KUB berperang sakan.

KP Shah Alam nak buat program pun macam minta sedekah dengan KUB,baguslah pakat-pakat berbalah.

Masa menang lawan ketua bahagian lama,bukan main semangat lagi nak mengembalikan Shah Alam kepada BN.

La ni,apa dah jadi,lintang pukang dibuatnya,jumpa dalam majlis bukan main lagi pura-pura baik,dibelakang macam hantu raya pulak perangainya.

Kami  berempat penaja utama blog ni dok gelak ketawa dengan perangai pemimpin Umno Shah Alam,

Dengar kabar ada ketua pemuda cawangan tak akan undi BN jika KUB dipilih jadi calon BN pada PRU14.

Cerita dibagi tahu sendiri oleh AJK pemuda cawangan yang KUB anak tirikan itu,katanya lagi bukaN setakat tu je,,pengikut ketua pemuda itu pun tak akan undi BN juga jika si sombong KUB Shah Alam jadi calon.

Haissss,senanglah KHolid Ashomadu dari PAN ,tak susah kerja penat sebab dah tahu awal boley menang.

Selepas diberi tahu Blog ini sudah sampai pada lidah belulang pengikut kuat pemimpin UBSA,Admin pun tengok pegeview artikel,oh oh oh tak sangka pulak sampai 230 viewer dapat.

TQ jugaklah pada yang bagi tahu tuuuuu..ha ha ha,semangat lagilah admin nak nulis..terimakasih lorr kerana balaci Umno Shah Alam sudi nengok blog yang baru dibuat ni.

Buat masa sekarang ni kami tidak akan dedah terlalu mendalam,kerana blog ni masih baru,tunggulah sebulan dua barulah panas sikit.

Sekarang ini sebagai pemanas body.

Semuga rahmat dijauhi dari pemimpin Umno Shah Alam..khak puiii

SHAH ALAM BERGEGAR BEREBUT JADI CALON PRU14

SHAH ALAM-Kehangatan PRU14 sudah terasa berikutan ura-ura perayaan besar politik negara akan berlaku pada Oktobor 2017.

Pemimpin utama bahagian itu sedang berkira-kira adakah mereka disenarai antara nama AKAN DIPILIH sebagai calon BN pada PRU14 nanti.

Ura-ura terkini orang luar daripada Shah Alam yang berdarjat Datuk sudah memulakan misinya secara halus dengan mendaftarkan dirinya di cawangan Seksyen 9.

Gerak kerja Datuk juga telah bermula sejak hampir setahun lalu bagi memperkenalkan dirinya dengan masyarakat Shah Alam.

Beliau juga semakin akrab dengan Datuk ketua bahagian Shah Alam sejak akhir-akhir ini,manakala beberapa ketua cawangan yang menyenangi ketua pemuda bahagian itu,Datuk Muazam pula mula resah gelisah bimbang Datuk Muazam tidak dipilih sebagai calon parlimen Shah Alam.

Kerusi Parlimen Shah Alam-Peluang untuk Muazam bertanding amat cerah berikutan namanya berada diurutan pertama diperingkat pusat bukanya Datuk orang luar yang dibimbangi akan mengetatkan peluang Muazam.

Muazam disenangi banyak pihak terutamanya dikalangan anak muda yang mengenali beliau berbanding Datuk orang luar yang telah menjadi ahli di cawangan seksyen 9.

Kerusi DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga.

Urutan pertama.

1-Ketua Bahagian Datuk Azhari Saari
2-Timbalan Ketua Bahagian
3-Ketua Wanita Umno Bahagian

Deruan angin,Ketua Bahagian  akan dicalonkan di DUN Batu Tiga manakala Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua Wanita bahagian itu akan dinila berdasarkan prestasi semasa berikutan penuruan rekod gerak kerja mereka.

Berbanding rekod semasa antara Ketua Wanita dan Timbalan Ketua Bahagian peluang berpihak kepada Ketua Wanita yang ramai disenangi terutamanya kaum sejenisnya.

Ketiga-tiga calon BN yang diharap dapat mengembalikan kerusi Shah Alam pada PRU14 nanti peluangnya tidaklah terlalu cerah memandangkan penyandang ketiga-tiga kerusi  masih di senangi oleh rakyat setempat termasuk ahli Umno.

ADUN kota Anggerik Yaakob Sapari disenangi semua lapisan masyarakat berikutan sikap sederhana dan berkebolehan memberi tazkirah di surau dan masjid.

Manakala Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga pula sangat disenangi oleh semua pihak berikutan sikapnya suka turun padang termasuk menziarai kematian dan wanita yang bersalin pada pukul dua pagi.

Jika dibandingkan dengan pemimpin Umno Bahagian Shah Alam yang akan dicalonkan sebagai calon BN pada PRU14 nanti seorang pun tidak dapat menandingi penyandang DUN dan Parlimen Shah Alam.

Pemimpin Umno yang diura-ura akan dicalonkan semuanya jenis tak pandai bagi tazkirah agama  dimana-mana masjid dan surau berbanding dengan penyandang DUN dan Parlimen sekarang.

Pemimpiin Umno yang dilihat layak untuk dicalonkan pada PRU14 hanya pandai bergaya dengan kereta berkilat dan mewah.

Apakah ini jenis pemimpin Umno yang boleh diharap untuk membimbing umat Islam yang sekian hari dihimpit gejala sosial berlawanan dengan Agama dan budaya.

Diharap kepada pengundi Shah Alam dapat mengekalkan ketiga-tiga penyandang pada PRU14, kerana pola Umno Shah Alam hanya indah kereta dari gerak kerja.