Rabu, 17 Ogos 2016

Mayat Dijumpai Terikat Di Sungai Klang

SUBANG JAYA 17 Ogos - Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut di dalam Sungai Klang berhampiran Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13, Puchong di sini hari ini dengan leher, kaki dan tangannya terikat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mayat berkenaan ditemukan penduduk setempat kira-kira pukul 2.30 petang.

"Lelaki itu dipercayai dibunuh tetapi tidak mempunyai kesan tikaman pada tubuhnya manakala identitinya belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Mohammad Azlin, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, penduduk sekitar memberitahu, mayat terbabit ditemukan selepas kawasan sungai dibersihkan sebuah syarikat swasta yang melakukan aktiviti mengorek pasir berhampiran. - UTUSAN ONLINE
banner
Previous Post
First

0 ulasan: