Rabu, 17 Ogos 2016

TPM: NBOS JUGA UNTUK BELIA


PUTRAJAYA - Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dibangunkan kerajaan turut mengambil kira kesesuaian keperluan dan cita rasa golongan belia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, terdapat 90 produk di bawah NBOS yang boleh dimanfaatkan rakyat dengan di antaranya hanya bersesuaian untuk golongan belia.

Ahmad Zahid memberikan contoh inisiatif NBOS belia antaranya Projek Bandar Belia dan platform aktiviti sukarelawan melalui 1Malaysia for Youth (iM4U).

"Kerajaan memahami denyut nadi generasi muda dan kerana itu pelbagai kemudahan yang bersesuaian telah disediakan mengikut keperluan golongan tersebut," katanya ketika ditemui media selepas melawat pameran NBOS di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menutup Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) dan dalam ucapannya beliau menyeru pemimpin muda untuk meneruskan usaha inovasi bagi menjayakan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

ICBOS diadakan sempena Minggu Antarabangsa NBOS 2016 yang bermula Ahad lalu sehingga 20 Ogos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Persidangan itu memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi bagi menggubal dan melaksanakan dasar dan inisiatif nasional. - Bernama
banner
Previous Post
Next Post

0 ulasan: