Sabtu, 10 Disember 2016

UMNO Selangor Gagal Tawan Hati Pengundi

Noh Omar
SELANGOR 9 Dis-UMNO Selangor tak usah berharap kepada PAS bagi merampas negeri itu daripada pemerintahan pakatan caca marba berikutan tiada sinar tanda untuk PAS bersama UMNO sebelum atau selepas PRU ke-14.

Rata-rata pembual kedai kopi ketika berborak dengan penulis menyatakan hasrat UMNO untuk bersama PAS 80% gagal berikutan parti Islam itu belum menampakan kesungguhan untuk bersela diatas bendera UMNO.

Seluruh UMNO Bahagian dalam Selangor tiada satu pun beranai racang satu program bersama PAS sama ada untuk cawangan atau Bahagian.

Tipis untuk UMNO berharap agar dapat membentuk kerajaan perpaduan di Selangor jika PAS dan UMNO dapat menambah beberapa kerusi,manakala Kelantan tidak mungkin dapat kepada BN semudah rencana Tok Pa(Mustapa Muhamad) berikutan kedudukan Tok Pa sendiri tidak terjamin dikawasan yang dimenanginya pada PRU 13.
Budiman

Sokongan PAS di Kelantan tidak tergugak secara majoriti besar walaupun parti PAN dan PPBM menyerang negeri itu,PAS Kelantan masih boleh bertahan pada PRU ke 14 nanti walaupun digasak tiga atau empat penjuru oleh PAN,PPBM,BN dan Bebas.

Selangor bertambah kukuh kedudukan parti pemerintah Sekarang berikutan tidak kedengaran rakyat negeri itu mahu menukarkan kerajaan mereka kepada BN pada PRU ke -14 kecuali beberapa pemimpin UMNO Selangor.

Hasrat untuk jadikan Kelantan dan Selangor ladang baru BN selepas keputusan PRU ke-14 nanti masih gagal secara total.
Tok Pa

Dengan hasil pelan tindakan yang dibanggakan oleh Noh Omar dan Budiman Zohdi tidak akan melahirkan buah yang manis,kerana usaha untuk merampas Selangor hanya berlegar dikalangan pemimpin UMNO-BN negeri,bukanya pengundi yang memberi mandat kepada PAS,DAP,PKR untuk memerintah Selangor pada PRU13 lalu.

Nota*yang berkuasa menukar sesebuah kerajaan pengundi bukanya pemimpin...

Shah Alam Orang Umno Undi PAS

Pelik juga rasanya apabila orang Umno tunggu siapa calon PAS,bukan tunggu siapa calon Umno untuk PRU14.

Shah Alam 9 Dis-Bertukar arus sokongan kepada parti lain itu pekara biasa,kata seorang penyokong Umno bahagian itu tanpa segan silu.

Beliau juga mengakui akan memberi undi kepada PAS memandangkan watak-watak yang dikatakan layak jadi calon BN dalam Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti hanya seperti badut pengibur yang penuh dengan bedak dan topeng.

Ini bukan kali pertama penulis dengar dari mulut orang Umno sendiri,malah ada AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam juga turut akui tidak akan undi BN jika Ketua Bahagian Shah Alam,Azhari Saari dicalonkan.


20,000 Graduan Layak Ganti Guru Penghasut

Lebih 20,000 graduan Universiti tempatan layak isi jawatan guru jika guru-guru Sekolah Rendah dan Kebangasaan di pecat,'kata seorang Prof di sebuah Universiti tempatan.

Berdasarkan statistik semasa guru dari kaum Melayu ramai tidak memiliki kelayakan sebagai pendidik sejati, mereka diberi peluang dan ruang secukupnya sehingga dapat menguasai ilmu itu melalui pengalaman.

Kini terdapat dalam golongan besar guru-guru Sekolah Kebangasaan dan Menengah menjadi pengasut dan pencaci kerajaan sehingga ada murid-murid tepengaruh dengan dakyah.

Ketika berbual dengan Prof A yang tidak mahu dikenali,(Penulis namakan beliau Prof  A kerana namanya bermula dengan huruf A)beliau percaya terdapat sebilangan guru disogok dengan janji-janji manis dan janji-janji itu akan ditunai sekiranya pembangkang memerintah Malaysia.

"Kadang-kadang para guru yang memiliki kelulusan baik matematik juga dipergunakan atau terikut-ikut dengan sumbangan sumber palsu pembangkang tanpa dibahagi dan ditolak,terus telan bulat-bulat.

''Mereka guru-guru juga membentuk komuniti di laman Facebook seperti yang umum tahu untuk mereka menyebar kepalsuan tentang kerajaan.

Kepunuhan pemikiran guru yang terjebak dengan politik tidak rasmi memusnahkan prestasi guru itu sendiri dan guru sebegini layak di berhentikan atau ditukar kekawasan sejauh mungkin.

Prof A dengan rasa kecewa mengatakan,jika benar-benar para guru yang ingin berpolitik,berpolitiklah secara betul,berhenti dan bertanding dilandasan parti yang kamu suka dan sokong.Bukan jadi pengasut dan pemaki kerajaan seperti anjing gigit tuan.

Oleh itu.eloklah guru-guru penghasut kunci mulut jika tidak mahu terbang jawatan yang menjadikan kamu hidup senang lenang itu.

UMNO dan Mahathir Macam Kucing dan Anjing

Saya ingin merujuk entri terbaru Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau, bertarikh 6 Disember 2016.

Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Tun Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi - sebagai tidak berasas, tidak bertanggung jawab dan berniat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

Untuk rekod, dakwaan Tun Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran PPBM di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Dakwaan melulu Tun Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas. Malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dari mana-mana sumber yang sahih.

Kedudukan Semasa Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Johor

Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata. Jumlah pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Malah dalam entri terbarunya, Tun Mahathir menggangarkan pula bahawa Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. Jelas Tun Mahathir tidak konsisten dalam angka yang digunakannya.

Percanggahan angka ini dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Tun Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat untuk mengelirukan rakyat.

Pemberian Kerakyatan Malaysia

Tun Mahathir yang pernah menjadi seorang Perdana Menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.

Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.

Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.

Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.

Adalah diharapkan Tun dapat berlaku objektif dalam perkara ini. Iaitu membuka peluang untuk pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing adalah sama sekali berbeza dengan memberi kewarganegaraan Malaysia kepada mereka.

Jika sekalipun Tun Mahathir mempunyai bukti sahih dari sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan warganegara Malaysia dalam masa terdekat, Tun Mahathir bolehlah merujuk perkara ini kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih lagi merupakan seorang Ahli Parlimen untuk membawa usul tergempar ke sidang Parlimen mengenai perkara ini.

Laporan Negatif Media Barat

Saya amat kesal dengan sanjungan tinggi dan sikap pilih bulu (double standard) Tun Mahathir terhadap segala laporan media barat. Apabila Bloomberg melaporkan sesuatu yang negatif mengenai negara, Tun Mahathir memilih untuk merujuk dan mempercayai laporan berkenaan tanpa usul periksa.

Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.

Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat.

Begitu juga sewaktu Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menerima preskripsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan sewaktu Tun Mahathir menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka amatlah wajar untuk Tun Mahathir, seorang yang sangat patriotik pada tanahair ini, mengambil pendirian untuk meminta penjelasan objektif dari Kerajaan Johor. Benarkah ada 60 projek yang boleh diduduki seramai 1.5 juta warganegara asing.

Malah, sekalipun terdapat sehingga 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru seperti yang didakwan Tun, mana mungkin dapat diterima oleh akal yang ia akan dihuni oleh 1.5 juta warganegara asing. Untuk makluman Tun, jumlah kependudukan Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja.

Dan kalau mengikut perkiraan Tun, ini bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni. Dan jumlah ini adalah amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada selalunynya memuatkan hanya setakat 2000 hingga 2500 penghuni sahaja.

Hakikat yang perlu diterima oleh Tun Mahathir ialah media asing akan terus skeptikal dengan apa jua kemajuan yang terlihat di Johor dan Malaysia. Bagi mereka, Malaysia yang berjaya adalah di luar kelaziman.

Keperluan Johor Meneroka Peluang Pertumbuhan Baharu

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Johor perlu terus meneroka serta membongkar peluang pertumbuhan baharu dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor hartanah dan perumahan.

Ini bagi memastikan pertumbuhan pesat ini dapat disokong dengan pelbagai kemudahan sekaligus memastikannya dapat berlaku dengan terancang dan mapan.

Malah inilah juga yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir semasa memimpin Malaysia suatu waktu dulu. Tun Mahathir melawat i ke seanterio dunia, meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang dan projek.

Jadi apa yang kami lakukan di Johor adalah meneruskan formula pertumbuhan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir sendiri.

Pada masa yang sama, dasar kemasukan pelaburan terus asing kita tidak pernah bersifat selektif. Tidak ada ada negara yang menjadi keutamaan. Mana-mana pelaburan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia amatlah dialu-alukan, termasuklah dari China.

Suka saya menjelaskan kenapa pelaburan dari China sangat terlihat di Johor.
Pertama ialah kerana China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah dalam sedikit masa lagi, ia akan menjadi kuasa ekonomi utama global.

Maka, adalah munasabah bila pelaburan China di Malaysia dilihat terserlah. Malah pergilah ke mana jua, termasuk di Afrika dan Latin Amerika, pelaburan dari Chinalah yang telah menjadikan ekonomi mereka tumbuh dengan dinamik.

Kedua, China mempunyai kelas menengah seramai 250 juta orang. Ini adalah jumlah kelas menegah yang terbesar di dunia, malah hampir menyamai jumlah penduduk Amerika.

Peningkatan secara sangat mendadak semenjak 10 tahun lepas telah mewujudkan keinginan dan minat yang tinggi di kalangan rakyat China untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar negara China.

Malah rakyat China adalah pelabur dalam hartanah yang paling besar di Australia, Singapura, Portugal, Paris, California, Dubai, Abu Dhabi dan pelbagai lagi kota raya terbesar di dunia.

Ini adalah fenomena global dan adalah wajar untuk pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi pihak swasta untuk menarik pelaburan dari negara China, khususnya ke negeri Johor. Terutama sekali bila Johor hanyalah bersebelahan dengan Singapura.

Tetapi adalah juga sangat tersasar untuk menyatakan hartanah di Johor hanya untuk pelabur dari China. Sedangkan semua pemaju yang beroperasi di Johor tidak menetapkan rakyat China sahaja sebagai sasaran.

Malah strategi pemasaran mereka sangat bersifat global, termasuk pengiklanan melalui stesen penyiaran paling berpengaruh dunia, CNN. Sasaran mereka pastinya turut mengambil kira potensi pelaburan dari pelbagai kewarganeraan, terutama sekali Indonesia, India, Korea, Jepun dan Australia.

Pada saya, telahan Tun Mahathir dalam isu ini, tidak ubah seperti kecaman tidak berasas yang sering dilakukan oleh DAP dan Singapura ke atas Johor. Semuanya kelihatan seakan tidak senang untuk melihat kejayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh seluruh warga Johor.

Dasar ‘Malaysia My Second Home Program’

Malaysia juga memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di sini.

Dasar ini turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing mengikut kadar dan syarat-syarat ketat tertentu yang telah ditetapkan dan disemak dari semasa ke semasa.

Hasratnya ialah menjadikan Malaysia itu lebih kosmopolitan, kerana ia berupaya menawarkan kualiti kehidupan yang setanding dengan negara maju, tetapi dengan kelainan yang unik.

Malah, dasar ini sudah diperkenalkan sejak era pentabiran Tun Mahathir sendiri. Dan ia kini hanya diteruskan oleh pentadbira semasa negara.

Jadi, apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar ini. Kita mahu menjadikan Johor Bahru, destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarat global.

Bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi!

Lihat sahaja ratusan ribu pemilik hartanah di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, Melborune, Sydney. Mereka hadir dengan memberi nilai tambah kepada semua kota-kota besar tersebut.

Mereka menjadikan kota-kota tersebut maju dan berdaya saing, bukan sahaja melalui pelaburan mereka, tetapi melalui kehadiran mereka, dengan pengetahuan mereka, dengan gaya hidup mereka, dengan keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.

Johor Bahru mesti menjadi sebahagian dari cerita kejayaan global ini. Dan ia tidak akan sekali-kali digagalkan oleh rakusnya permainan politik Tun Mahathir dan rakan sekutunya.

Untuk Tun Mahathir, berilah ruang untuk Johor menjayakan cita-cita menjadikan selatan Malaysia ini moden, sejahtera dan maju. Seperti mana kami memberi ruang, suatu ketika dulu, untuk Tun menjadikan Malaysia ini, sebuah negara yang berjaya.

Mohamed Khaled Nordin